Langkau ke kandungan utama

Catatan

KEDUA

  'A' antara sahabat rapat aku sejak dari sekolah rendah hingga menengah. Tambahan aku dan dia memasuki sekolah berasrama yang sama, dan rezekinya apabila kami ditempatkan di dalam bilik yang sama. Aku selesa berkawan dengan ramai orang, tatapi 'A' hanya ada aku seorang. hari berganti hari sehingga kami berusia 15 tahun. 'A' masih lagi berkawan dengan aku, tetapi kami telah menjadi 'ramai'. Sikap meara aku telah berjaya membuka hati 'A' dengan menerima kawan-kawan sekeliling.     Namun, 'A' yang aku kenal sejak hingunsan bukan tidak sama dengan yang sekarang. 'A' lebih banyak menghabiskan masa dia dengan kawan yang lain, bercerita dengan aku pun dah kurang. Aku tidak kisah, itu perkara baik untuk dia bergaul. sampai satu hari kami di bilik. sewaktu aku asyid membawa novel di atas katil.TIBA-TIBA 'A' datang ke arah aku dan duduk di bucu katil.  'Weh aku ada bende nak cerita ni'  dengar sahaja 'A' berkata, ak...
Catatan terbaharu

Pertama

Kehidupan aku mudah dan ringkas. Gembira aku hanya dengan kawan-kawan rapat dan keluarga. Aku seorang pelajar perempuan yang dianggap ganas dan sukar didekati. Aku selesa begini. Namun apabila melangkah ke tingkatan 5, kawan-kawan rapat aku banyak menceritakan perihal pasangan mereka. Sibuk dengan kegembiraan dan kemesraan yang aku anggap palsu dan jijik. Aku tidak membenci lelaki, tetapi untuk bergantung atau mempunyai perasaan itu mustahil bagi aku. Lelaki. Kalau kau panggil dia kawan, banyak kegunaannya. Tapi jika digelar 'pasangan', itu syaitan bertopeng manusia. Perihal couple ini sangat tidak sesuai dengan aku. Aku mengaggap perempuan yang mempunyai pasangan itu tidak boleh hidup sendirian. Manakala lelaki yang menjadi pasangan itu hanya sampah. Kawan lelaki aku ramai, tidak dinafikan aku mudah didekati sebagai kawan. Tetapi mereka hanya kawan yang aku kongsikan kisah dan kegembiraan, bukan perasaan. Pandangan aku terhadap lelaki menjadi seburuk ini sejak aku berumur...